MAKAN SECARA SIHAT DEMI KESIHATAN

Pemakanan merupakan aspek yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan seseorang individu. Amalan pemakanan yang tidak sihat dalam tempoh masa yang lama dikaitkan dengan masalah berlebihan berat badan dan obesiti. Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada masalah ini adalah pengambilan diet yang tinggi kalori, tinggi gula, tinggi lemak serta mengamalkan cara hidup yang kurang aktif. Obesiti turut menyumbang kepada masalah kesihatan yang kronik seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi dalam darah, penyakit jantung kardiovaskular, batu karang, masalah pernafasan dan sesetengah jenis kanser.

Oleh itu, pentingnya makan secara sihat kerana ia boleh;

 i) mencegah masalah kekurangan dan berlebihan berat badan
ii) mengekalkan berat badan yang normal 
iii) mencegah masalah kekurangan nutrien 
iv) mengurangkan risiko penyakit berkaitan pemakanan

Comments

Popular Posts