MASALAH SALURAN AIR MATA TERSUMBAT @ BLOCKED TEAR DUCTS
Secara normalnya, air mata akan mengalir dari mata melalui tiub kecil yang dinamakan saluran air mata yang merintang dari mata hingga ke hidung. Masalah saluran air mata terjadi apabila pembukaan saluran itu tidak terbuka dengan sempurna.
Masalah air mata tersumbat ini kebanyakannya berlaku kepada bayi yang baru lahir... hanya 30% sahaja masalah yang dihadapi baby dapat dikesan setelah seminggu kelahiran hingga 3 bulan umur mereka...
terdapat kesan tahi mata di mata kiri mirza |
Bila mata mirza terkena infection...kesian sangat.. |
Punca berlakunya saluran air mata tersumbat?
Masalah saluran air mata tersumbat atau Blocked Tear Ducts adalah dimana saluran-saluran halus dibahagian tepi mata yang menyalurkan air mata ke dalam rongga hidung tidak terbuka sepenuhnya, atau tersumbat dan ia selalunya berlaku dikalangan bayi yang baru lahir.
Ini menyebabkan air mata berkumpul didalam mata dan mata kelihatan berair. Apabila air mata tidak mengalir seperti biasa. Air yang bertadah ini boleh dijangkiti kuman dan boleh berlaku infeksi terhadap mata bayi anda.
Tetapi, bagi sesetengah kes, masalah mata berair juga boleh disebabkan oleh bulu mata menggosok kornea mata yang mana lipatan kulit dikelopak mata menolak bulu mata ke arah kornea.
Bagaimana cara menangani masalah saluran air mata tersumbat?
Mengikut pakar... masalah ini bukanlah serius dan ia akan hilang sebaik sahaja bayi berusia 6 bulan ke atas hingga setahun...
Tetapi ada juga beberapa cara yang di sarankan oleh pakar Oftamologi bagi menangani masalah saluran air mata tersumbat ini dengan segera.
1. Bersihkan mata - Bersihkan mata bayi sekerap yang mungkin dengan menggunakan kapas basah atau tuala basah jika sekiranya terdapat kumpulan tahi mata di mata anak anda. Bersihkan dengan kerap jika perlu.
2.Urut Salur Air Mata - Urut salur-salur air mata yang terdapat dibawah kulit di tepi mata, sebelah hidung. Pastikan jari anda bersih dan urut dengan lembut. Bermula dari hujung mata menuju ke arah dalam iaitu ditepi hidung.
Cara urut mata |
Urutan ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan ia dikatakan dapat membuka saluran yang tersumbat itu secara perlahan-perlahan.
3. Jumpa Doktor - Jika terdapat tanda-tanda mata bayi anda merah dan membengkak serta demam.. segera berjumpa dengan doktor, ini dikuatiri bayi anda mugkin mendapat jangkitan kuman pada selaput matanya.
4. Susu Ibu - Ada juga doktor mengesyorkan menggunakan susu ibu sebagai rawatan kepada masalah mata berair ini. Ini adalah rawatan yang mudah dan tidak merbahaya. Ini kerana susu ibu mengandungi bahan protein yang membunuh kuman (lysozemy) , antibodi dan sel darah putih yang mampu melawan jangkitan kuman. Beberapa titis susu ibu boleh diletakkan pada jari yang bersih sebelum dititiskan ke sudut mata berhamipran hidung bayi anda dibahagian mata yang berair itu.
Bagaimana pula jika selepas umur mereka menginjak setahun.. masalah saluran air mata tersumbat ini masih juga berlaku kepada mereka?
Jika umur selepas setahun, masalah ini tetap juga berlaku.. Pakar akan mencadangkan satu pembedahan kecil di lakukan terhadap bayi anda untuk membuka saluran yang tertutup.
Di mana satu logam tumpul yang dinamakan lacrimal probe dengan teliti dimasukkan ke dalam kantung air mata melalui canacular dan memecahkan membran yang menyebabkan halangan tersebut. Cecair kemudiannya akan disalurkan ke saluran ke sistem pengairan ke dalam hidung untuk memastikan bahawa laluan itu terbuka.
Kaedah rawatan di lakukan dalam keadaan bayi tidur atau tidak sedar. Bius akan diberikan kepada bayi anda bagi memudahkan proses ini di lakukan. Bayi tidak akan mengalami kesakitan selepas rawatan ini.tetapi pakar ada menyatakan akan terdapat kesan darah pada lelehan air mata atau rembesan hidung dan ianya adalah perkara biasa.
Selepas prosedur di atas dilakukan. Air mata tetap berlinangan selama seminggu dan pesakit akan dibekalkan dengan ubat titisan atau gel antibiotik.
kaedah rawatan pertama |
Jika rawatan pertama tidak berjaya?
Jika rawatan pertama tidak menunjukkan apa-apa perubahan pada mata bayi anda... Kaedah kedua mungkin diperlukan dan perlu mendapat rujukan dari pakar.
Komplikasi semasa rawatan?
Jika rawatan dilakukan sebelum bayi berumur 13 bulan, kadar kejayaan adalah 97% berbanding 50% jika bayi anda telah pun berumur 2 tahun.
Sumber: KPJ Health Care(Eye Specialist Centre)
Portal 1 Klik
Dr. Zubaidi Hj. Ahmad
Diharap dengan serba sedikit penerangan dari mamayu.. ibu-ibu di luar sana telah bersedia menghadapi masalah ini.. Masalah air mata tersumbat bukan satu masalah yang serius jika ibu-ibu memahami kaedah rawatan yang perlu dilakukan dirumah.
Andai rawatan yang dilakukan menunjukkan terdapat infeksi kepada mata bayi anda.. Segera berjumpa dengan doktor bagi mendapat khidmat nasihat dan rawatan susulan..
Comments