JOM BERANGAN!!
Kalau dulu masa sekolah menengah, bila citer ngan kawan2 "aku nak beli umah banglo belakang dia ada swimming pool"... "aku nak dalam rumah aku ada perpustaan sendiri.. ada opis peribadi.. ada bilik istirehat... ada ruang solat yg besar...bila nak buat solat hajat atau majlis tahlil...takder la sibuk kat ruang tamu... ada panggung wayang yg muat dlm 30 orang.. ada bilik tempat anak2 bermain...yg pasti selesa untuk dorang main... ada kebun belakang rumah...rasa nak released tension..pegi jer belakang rumah... duk kat wakaf kecil yg dibina tengah2 laman belakang... syokkk... Agak2 korang...mesti kena gelakkan bila kita citer kat kwn2 camtu... mula2 masing2 pon pasang angan2 gak... tp, bila dah melalut2..pakat gelak lah masing2... kalau la dapat apa yg kita impi tu...smbil jelir lidah masing2..hehehe
Kebanyakan kita tidak faham maksud angan-angan sebenarnya. Berangan-angan dianggap negatif. Sedangkan maksud ‘angan’ mengikut Kamus Dewan ialah fikiran, ingatan, menungan. Perkataan imbuhan ‘berangan-angan’ bermaksud mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan).
Jadi, jika ada orang berkata ‘berangan-angan’, itu satu ungkapan yang amat baik. Biasanya kita ketawa jika orang berangan-angan. Bahkan, kita sentiasa mengingatkan orang lain agar jangan berangan.
Percaya tak? Angan-angan akan tercapai jika disekalikan dengan impian, usaha dan doa..
Soal berangan bukan soal pertama...apa yg penting, segala angan dan impian perlu kita sematkan dalam fikiran.. dan buatlah sesuatu agar impian yg kita tanam akan tercapai..
Jangan la asik berangan, tetapi tidak melakukan apa2...
BERANGANLAH DAN BERIMPIANLAH, KERANA IANYA PERCUMA!
-Irfan Khairi-
Berangan dalam hidup menjadi sesuatu yang harus bagi kita sebelum mencapai sesuatu. Ia sebagai petunjuk untuk menjelaskan lagi apa matlamat kita yang ingin kita capai sebenarnya dalam hidup kita.
Jika anda berimpian memiliki sebuah rumah dan kereta besar sendiri, teruskan berangan dan pada masa yang sama mestilah lakukan sesuatu setimpal dengan apa yang kita impikan. Sebagai seorang islam, berdoa juga jangan dilupakan.
rumah impian |
Perpustakaan impian |
ruang SOHO impian |
Panggung wayang impian boleh muat 30 orang..santai2 bersama sanak sedara.. |
Ruang solat impian ^_^ |
bilik untuk anak cucu bersantai...wahh!! sampai ke cucu nie..hehe |
ni paling best... bila dah berumur...tempat ni jer yg boleh memberi seribu ketenangan.. yer laa..dah tua..nak yg ijau2 jer... |
Apa impian anda? jom share di ruangan komen... sama2 kita doakan agar impian kita semua menjadi kenyataan..Insyaallah :)
MULAILAH DENGAN MEMASANG IMPIAN!
DI SUSULI DENGAN USAHA..
DI AKHIRI DENGAN DOA..
Comments