Biar Anak Meneroka Makanannya


BIARKAN ANAK MENEROKA MAKANANNYA
Bersepah? Memang akan bersepah jika anak kita sedang meneroka perkara baru termasuk makanan. Biarkan mereka meneroka dan jangan menghalang kerana ini adalah salah satu pembangunan untuk motor-motor halus mereka.

Untuk mengurangkan sepah. Disarankan meletakkan bayi anda di atas baby chair jika bayi sudah boleh duduk. Alas baby chair dengan surat khabar supaya senang dibersihkan kemudian.

Ketika bayi, mereka mempunyai daya ingin tahu apa rasa makanan, keras atau lembik dan mereka akan memicit, menjatuhkan sebab nak tahu apa yang akan berlaku.

Kita sebagai ibu bapa haruslah bersabar. Jangan marah. Bila anak kita makan dengan gembira, barulah mereka rasa seronok dan berselera!

Sumber: Resepi Makanan Bayi

Comments

Popular Posts