TIPS IBU HAMIL BERPUASA

Bolehkah berpuasa semasa hamil? Memang boleh selagi ia tidak memudaratkan seperti anda sampai kehilangan air terlampau dari badan atau sampai kena tahan wad semata berpuasa. Ada caranya yang boleh diamalkan supaya ibu hamil kekal cergas bertenaga walaupun berpuasa.


Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat. Pilihan yang menjadi rebutan para ibu hamil sudah tentunya ESP (soy protein) :)
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.
Tidak mahu terhidrat dengan cepat? Pastinya Performance Drinks menjadi pilihan :)


Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:

  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.


Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:

  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin. 

Comments

Popular Posts