Bowlings-4-fun 2014
Alhamdulillah, event riadah pertama kali yang mamayu ikut yang dianjurkan oleh Family Shaklee 2 U (s2u) dibawah bimbingan Master Iffah Anuar & Suami tercinta Master Firdaus .
Seramai 150+ orang hadir bersama pasangan dan anak-anak yang sentiasa memeriahkan suasana.. Sebanyak 3 game dimainkan bersama pasangan.. Lepas lahirkan Muhammad Mirza Ukhail..ini la 1st time main Bowling.. skill dah out... hahahaha.. Nasib baik ada en. suami.. dapatlah top up markah kumpulan kami..kihkihkih...
hampir separuh lane di MIBC family shaklee 2u conquer. |
Mamayu bersama adik beradik group s2u Fighters - Ibu Nur dan Ju |
Family mamayu bersama Master Nadiah Suhaidi & Master Amir Rezeki mamayu dapat digandingkan bersama family Master Nad dalam satu lane. |
Jebat Family vs Family MSE Legacy |
Ciannnn.... Baby Shaklee mamayu kepenatan tunggu mummy n daddy abis game..hihi |
Suasana di Melaka Bowling Center MITC - Family2 Shaklee s2u memenuhi ruang |
FAMILY-FAMILY SHAKLEE S2U BERGAMBAR BERSAMA-SAMA SELEPAS HABIS BOWL-4-FUN 2014 |
kami tak menang... tapi kami tetap dapat cenderamata... Alhamdulillah.. seronok berada di dalam naungan umi Iffah Anuar.. Terima kasih ummi |
Selepas habis sesi bermain bowling.. kami semua dijamu Nasi Beriani Kambing Dlma.. Sangat sedappp... tapi, tak boleh lawan Nasi Arab dari Ansal Ternak.. hihihi...
Habis menjamu selera, kami beramai2 ker masjid berhampiran untuk menunaikan solat zohor..
Alhamdulillah..semua berjalan lancar... walaupun ini adalah program pertama mamayu bersama keluarga shaklee 2u.. Kami tak rasa pon mcm kami orang baru... mamayu dan suami sentiasa di layan seperti keluarga sendiri... berbual seolah2 telah kenal lama.. tak ada pun nak citer brapa sale kau dapat.. apa progress sekarang... yang penting hari itu adalah hari untuk kami beramah mesra..bersantai-santai..dan menjalin ukhwah sesama family shaklee s2u... yang mana sebelum ini kami tak pernah pon jumpa..hanya jumpa di alam maya sahaja... Unikkan family kami...
Alhamdulillah, mamayu syukur sangat Allah meletakkan mamayu bersama keluarga besar ini... Jalinan silaturrahnim ini pasti akan kekal sampai bila2... Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya... Mudah2an ia menjadi asbab kepada penghijrahan mamayu ke arah yang lebih baik... Allahumma Ameen..
Jika anda ingin bersama-sama keluarga besar kami, boleh la emailkan pada mamayu at ayu_aisya06@yahoo.com atau wassap mamayu di 012-7925153.
Jangan malu tau.. mamayu sentiasa mengalu-alukan anda untuk mengubah kehidupan dari biasa2 kepada luar biasa.. :)
Comments