PRINSIP LAW OF ATTRACTION
Assalamualaikum... hari ni mamayu nak share sedikit tips berkaitan Prinsip minda di luar sedar.. tips ni mamayu terima dari email Kementerian Belia dan Sukan khas buat semua staff KBS..
5 Tips Psikologi untuk berjaya dalam kehidupan berpandukan kepada Prinsip " Law Of Attraction" iaitu apa yang anda selalu fikirkan diminda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda.
Berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya...
1. GUNAKAN AFFIRMATIONS UNTUK MEMPROGRAM SEMULA MINDA SEPARA SEDAR ANDA, KERANA MINDA SEPARA SEDAR SELALU DIPENUHI DENGAN FIKIRAN-FIKIRAN YANG NEGATIF
Tak Percaya???? Lihat contoh ini...
Anda kata " aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif diminda anda " aku tak hensem, mana layak.."
Jika minda anda sentiasa negatif, anda akan menarik perkara-perkara negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali perkara-perkara negatif muncul difikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya.
Contohnya: "Aku selalu gagal dalam kehidupan" gunakan affirmations seperti berikut " aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"
Tak Percaya???? Lihat contoh ini...
Anda kata " aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif diminda anda " aku tak hensem, mana layak.."
Jika minda anda sentiasa negatif, anda akan menarik perkara-perkara negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali perkara-perkara negatif muncul difikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya.
Contohnya: "Aku selalu gagal dalam kehidupan" gunakan affirmations seperti berikut " aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"
2. UNTUK MENGUBAH CARA BERFIKIR ANDA, IA MEMERLUKAN MASA ANTARA 20 HINGGA 30 HARI.
Setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri perkataan ini..
" Aku adalah orang yang gembira"
" Aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok"
" Aku berjaya mencapai target aku pada bulan ini"
" Aku pasti berjaya naik Rank Supervisor"
" Semua orang suka pada aku"
" Aku adalah multimillionaire pada Jun 2017"
Ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur.
Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya m engucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari, perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.
3. ANDA MEMPUNYAI BANYAK PILIHAN DIDALAM HIDUP ANDA, SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA ANDA.
Jika mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa..
Jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda..
Jangan sesekali berfikir mahu menjadi miskin, kerana fikirkan tentang miskin, kemiskinan akan hampir dalam hidup anda.
4. NIKMATI SETIAP MINIT DALAM HIDUP ANDA.
Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong.. Tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda. " Aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri. Aku seorang dermawan, aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati.
Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya. Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan lebih m enghormati orang lain, anda akan mendapat lebih banyak rezeki yang tak disangka2 dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang lebih baik.
Praktikkan 5 tips ini dalam hidup anda mulai dari sekarang... dan waspada pada pemikiran yang negatif.. kerana apa yang KITA FIKIR..apa yang KITA RASA.. apa yang KITA KATA adalah DOA...
Fikir yang baik-baik... bina perasaan yang baik-baik...cakap perkara yang baik-baik... agar apa yang berlaku dalam hidup kita pasti yang baik-baik sahaja... InsyaAllah.
Comments