Diari Hamil : Panduan Memohon Cuti Bersalin 90 Hari
Ok, kat sini aku nak share skit kat korang-korang yang keje goment berkaitan permohonan cuti bersalin 90 hari. mgkin korang masih lg kabur2 ttg bagaimana memohon cuti bersalin 90 harikan....aku pon blur sebenarnya...sbb, aku nak cuti awal..tp, x tau apa patot aku buat...adakah cuti tanpa gaji...separuh gaji..atau apa yer....aku amik keputusan survey info berkaitan ngan cuti tanpa gaji dulu...cari punyer cari...tiba2 terbaca satu blog ni..nama apa ek blog nie..ok..nama blog tu cik matahariku.. ok, dalam blog ni bg tau ttg kelayakan dan panduan cuti bersalin.. korang baca la dulu panduan di bawah ni yer...
KELAYAKAN MENDAPAT KEMUDAHAN CUTI BERSALIN 90 HARI
Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai,kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:
- seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya;
- pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin.
- pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin
PANDUAN JIKA CUTI BERSALIN BERGAJI PENUH KURANG DARIPADA 90 HARI
Bagi pegawai yang
mempunyai cuti bersalin bergaji penuh kurang daripada 90 hari, maka anda
dikehendaki mematuhi turutan kemudahan seperti berikut :
Bagi pegawai kecuali guru:
- menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
- mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
- mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan (b) di atas; atau
- menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.
Bagi guru:
Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
- menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; (7.2 (a)(i)
- mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari;7.2 (a)(ii) dan
- mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.2 (a)(i) dan (ii)di atas; atau
- menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.
Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:
- menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
- bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.
MAKLUMAT LANJUT PEKELILING
Kepada semua penjawat awam wanita
yang inginkan maklumat lanjut berkaitan panduan memohon cuti bersalin
bergaji penuh ini, saya sarankan anda layari http://www.jpa.gov.my .
Add caption |
TAPI.....yang bestnya...kita boleh mintak cuti awal bersalin..walaupun masa tu kita x bersalin lagi....cth: due date aku bersalin adalah 27 Januari 2014...so, aku leh apply cuti awal bersalin pada 1 Januari 2014 walaupun masa tu aku x bersalin lagi...aku ingatkan kena tggu bersalin baru leh cuti...tp, rupanya x...aku boleh jer apply awal sbelum bersalin...
so, sesapa yg belom apply atau x tau panduan nak apply cuti ni...sila pastikan korang baca pekeliling dulu yer.... syarat nak apply cuti ni senang jer...
1.isi borang cuti bersalin mcm borang di bawah ni...
2. then isi borang cuti mcm biasa
3.masukkan cuti dalam hrmis
4. then fotostat muka depan buku pink tu..
DONE!!!
ok lah...nak g breakfast jap...bye
Comments