THE POWER OF SADAQAH & ZAKAT..
Assalammualaikum wbt & Salam Jumaat..
“Orang tu gaji dia tak besar mana pun tapi rezeki dia tak pernah putus” – mesti semua orang pernah alami perasaan ni,kan..
Tidak kira sama ada anda makan gaji atau menguruskan perniagaan sendiri, dalam tempoh sebulan, berapa kali anda telah bersedekah?
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takabur dan membanggakan diri (dari pemberianNya)” – Bukhari
..
Saya pernah dengar Ustaz Don cerita dalam rancangan Tanwir..
Satu hari, seorang lelaki cina datang ke pusat zakat.
Dia datang nak bayar zakat. Pegawai2 zakat tu bgtau, zakat ni untuk orang islam saja. Tapi lelaki ni berkeras nak jugak bayar zakat.
Lepas tu pegawai2 ni pun berbincang, diorang accept jugak tapi akan masuk ke tabung sumbangan lah..bukan kira zakat..
Lepas tu, ada pegawai ni tanya, kenapa dia nak bayar zakat?
Lelaki ni bagitau yang bisnes dia bankrup. Satu hari dia terbaca surat khabar, tajuk nye lebih kurang gini, 'bayarlah zakat, anda akan kaya'..
Sebab tu dia bayar..sebab dia nak kaya.
Kemudian, pada hari lainnya, dia datang lagi nak bayar lagi..
Dia kata, bisnes dia untung banyak..dia nak bayar zakat lagi...
Subhanallah...
.
Kalau orang bukan islam pun Allah tunaikan hajat dia (nak kaya dengan bayar zakat), inikan pulak kita orang islam...
.
Kalau rasa nak transfer duit tu payah sangat, set siap2 acc bank badan2 yang kita boleh sumbang as fov..
Anytime, anywhere kita boleh sedeqah
Bersedeqah lah ikut kemampuan kita walaupun hanya rm1.
Istiqamah dalam bersedeqah InsyaAllah, rezeki Allah sentiasa bersama2 kita..
.
Dah bersedekah hari ni?
Comments