Mengapa Mereka Tetap DiHatiku
Kadang - kadang mereka yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......
Kadang - kadang mereka yang rajin bertanya, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
Kadang - kadang mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
Kadang - kadang mereka yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita seperti saudara sendiri.....
Kadang-kadang mereka yang selalu SMS DAN WATTSAPP kita, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA KITA.......
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu, mummy?".....
"DENGAN MEREKALAH MUMMY ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP INI." .... ..
TERIMA KASIH SAUDARA SUKARELAWANKU
TERIMA KASIH YAYASAN SALAM MALAYSIA
Antara kenangan-kenangan manis bersama yang sempat dirakam yang tidak mungkin dilupakan..
Ya Tuhan, insan-insan ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah mereka serta kasihilah mereka, bantulah mereka meningkatkan taraf kehidupan mereka, limpahi mereka dengan rezekimu, sihatkan tubuh badan mereka, jika mereka melangkah, selamatkanlah mereka, permudahkan & lancarkan segala pekerjaan mereka..
Aminnnn..
Sumber gambar: JS Pencuri, Aznam Zakaria, Farah Fieqa
Comments