8 Karektor Wanita Dambaan Lelaki




Assalamualaiku...kita baca santai jer hari ni....Phew...phewww...phewww.... Arini nak cerita sifat-sifat orang pompuan yang lelaki suka.. Andai korang dah ada pilihan hati..boleh check 8 karektor dibawah yang mana yg menyebabkan lelaki kesayangan korang jatuh cinta sangat-sangat kat korang....hehehe...

PENDENGAR YANG SETIA
Lelaki adalah manusia yang sangat peduli pada ego, sehingga ia akan mencari pasangan yang boleh mendengar dan menghargainya. Jadi tidak hairanlah jika dia memilih anda jika ada dalam kategori ini dan akan tinggalkan anda jika anda jenis yang tidak ambil endah terhadap apa yang diperkatakannya.

SPONTAN
Lelaki selesa dengan wanita yang spontan, yang tak malu menunjukkan apa yang ada di fikirannya, namun sekali gus dengan cerdas mengungkapkannya. Wanita memang dituntut untuk lebih berhati-hati dalam mengungkapkan pendapat dan perasaan, namun tak seharusnya 'tertutup' atau terlalu perahsia.

BERSYUKUR
Wanita yang tahu bersyukur adalah wanita yang bahagia dan sekali gus boleh membuat lelaki bahagia. Wanita jenis ini biasanya tidak terlalu  khuatir soal berat badan dan dengan bijaksana menjaga berat badannya dengan cara yang bijak. Wanita ini juga tahu cara berdandan, tetapi tidak membuat wajahnya berubah menjadi seperti badut!

MAHU BERDANSA DI DAPUR
Maksudnya disini adalah mahu merelakan tangannya yang lembut menyentuh peralatan dapur dan mengerjakan semua pekerjaan dapur. Jarang wanita zaman sekarang yang tahu dan mahu mengerjakan urusan didapur. Jadi wanita, rajin-rajinlah kedapur.

BERDIKARI TAPI MANJA
Wanita yang tahu bila harus berdikari dan bila harus bermanja ini paling dibanggakan oleh kaum lelaki. Membuatkan jejaka tetap merasa diperlukan, tetapi sekali gus meringankan tugas mereka.

MENGHARGAI PERBEZAAN
Lelaki dan wanita adalah makhluk yang berbeza, dan ketika lelaki menedari perbezaan itu, akan jauh lebih mudah baginya untuk saling menghargai dan menerima perbezaan.

TAHU CARA BERDANDAN
Memang tak boleh dinafikan bahawa lelaki suka pada wanita yang suka berdandan, yang peduli pada perawatan dan penampilan secara wajar. Jadi jangan ambil mudah soal penampilan diri. Biarpun si dia jenis tak kisah tetapi lelaki tetap mahu wanita yang manis dipandang. Jadi bersolek dan berdandanlah agar sedap matanya memandang.

PENYAYANG TAPI TIDAK MENGEKANG
Menyayangi bukan bererti sering kali melarang itu ini dan mengekang kekasih, tapi tahu bila waktu yang tepat berada di sisinya atau berada dibelakangnya untuk menyokongnya. Wanita jenis ini akan dengan segera mendapat tempat di hati jejaka dan memenangkannya.

Sumber: Rahsia Wanita, Majalah Keluarga Harmoni Bil.224

Comments

Popular Posts