Sejarah Shaklee Yang Anda Tak Tahu

Assalamualaikum, mamayu nak tanya sikit..

Pernah tak korang google sejarah memula Syarikat Shaklee?

Ada yang pernah dan ada yang tak amik kisahkan.. takper..takper...

Mamayu pernah gak google sejarah shaklee kat Wikipedia website berkaitan dengan penubuhan Shaklee Corporation.

Shaklee Corporation adalah pengeluar Amerika dan pengedar makanan tambahan pemakanan semula jadi, produk pengurusan berat badan, produk kecantikan dan produk isi rumah. Syarikat ini berpangkalan di Pleasanton, California dengan operasi global di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, Taiwan, China dan Indonesia.

Dah 7 buah negara yang berjaya Shaklee tembusi..

Jom kita kenal seberapa ringkas sejarah-sejarah bagaimana Shaklee ditubuhkan dan perkembangannya dari mula-mula ditubuhkan. 


Korang Tau Tak?
.
Nama asal company Shaklee ialah Shaklee Products yang ditubuhkan pada tahun 1956. Dr Shaklee mengajak 2 anak beliau untuk turut serta dalam penubuhan company ini dengan modal USD 5 Ribu. Beliau memegang jawatan sebagai General Manager dan juga Product Development. Manakala, anak beliau Forrest Jr memegang jawatan sebagai Business Manager dan Lee sebagai Marketing & Promotion Manager.
.
Disebalik kejayaan mereka, isteri mereka juga banyak membantu hingga berjaya ke taraf dunia.


                               

Korang Tau Tak?

Semasa Dr Shaklee dilahirkan, beliau sudah disahkan oleh bidan dan juga doctor bahawa umur beliau tidak panjang kerana mengalami sakit Tuberculosis. Ini berlaku kepada ramai bayi yang masih kecil kerana keadaan persekitaran yang tidak sihat akibat aktiviti perlombongan di kawasan penginapan family beliau.
.

Martha Shaklee iaitu ibu Dr Forrest tidak berputus asa untuk merawat beliau yang masih kecil. Ibu bapa beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Moorhead, Iowa dimana mereka memulakan kehidupan baru di ladang pertanian dan memberi makanan herba dan tumbuhan2 yang sihat kepada Dr Forrest.

.

Atas usaha ibu bapa yang tidak pernah putus asa, beliau akhirnya berjaya sembuh dari penyakit beliau sehingga berazam untuk membantu leboh ramai orang untuk menjadi sihat seperti beliau. Maka terhasil lah Vitalized Minerals pada tahun 1915 semasa beliau berumur 21 tahun.



Korang Tau Tak?
.
Dr Shaklee menjadi Dr pertama yang menerbangkan pesawat bagi merawat pesakit dengan jarak 100 batu radius di United State. Apa yang membuatkan beliau begitu tabah dan menghabiskan banyak duit untuk membantu lebih ramai orang?
.
Insyaallah, kita juga mampu mencontohi usaha beliau sebagai seorang umat Islam yang berjaya di dunia dan akhirat.



Korang Tau Tak?
.
(sharing dari master amir) Sudah hampir 20 buku yang Master Amir baca , semua orang yang berjaya pasti akan dihadapi masalah yang paling besar dalam hidup mereka. Tidak terlepas juga buat Dr Shaklee selepas klinik beliau sudah terbakar, beliau juga kehilangan hampir semua wang pelaburan akibat ekonomi dunia pada tahun 1929 dimana ramai orang muflis (sehingga ramai yang membunuh diri).



Korang Tau Tak?
.
Semasa sukan Olimpik (WInter) pada tahun 2014 di Sochi, Russia. 10% dari kumpulan atlet Amerika sudah mengambil supplement Shaklee sebagai makanan tambahan mereka bagi membantu training mereka.
.
Kiranya supplement Shaklee ini sudah level atlet yang ambil, dan kita juga memakannya untuk aktiviti harian kita. Insyaallah, kita pun boleh jadi atlet macam mereka.


Korang Tau Tak?
.
Supplement Shaklee telah diambil oleh pendaki Gunung Everest semasa kumpulan pertama dari Amerika ini cuba menaklukinya. Sir Edmund Hillary adalah orang yang pertama yang berjaya sampai di puncak Gunung Everest bersama dengan team beliau.


Korang Tau Tak?
.
Dr Shaklee juga pernah mengalami dugaan yang mencabar semasa beliau cuba membantu orang dengan product Shaklee apabila klinik beliau telah terbakar pada tahun 1929.
.

Dengan semangat yang tidak putus asa, beliau mendapat ilham dengan mencipta "First Mobile Home" supaya dapat memberi khidmat kepada orang yang memerlukan bersama keluarga tercinta.

.

Jika anda rasa down atau hadapi masalah besar dlm bisnes, cuba ingat kisah Dr Shaklee ni bahawa setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Insyaallah, kita semua mampu menghadapinya.




Korang Tau Tak?
.
Shaklee Malaysia ditubuhkan pada tahun 1988. Kira2 hampir 27 tahun bertapak di Malaysia. Dan juga selepas 2 tahun kematian pengasasnya iaitu Dr Forrest C. Shaklee.
.
Kematian beliau tidak sesia2 kerana beliau telah meninggalkan Legacy Business beliau supaya dapat memberi manfaat kepada jutaan manusia melalui product Shaklee.
.
Sudahkah anda bersedia untuk meninggalkan sesuatu untuk anak cucu anda?




Korang Tau Tak?
.
Multi-Billionaire Roger Barnett telah menghabiskan USD 20 Juta dan mengambil masa 5 tahun untuk mencari company yang sesuai untuk dilaburkan sehingga beliau berjumpa dengan Shaklee.
.
Beliau yakin dengan Shaklee, company ini boleh pergi lebih jauh dan membelinya pada tahun 2004 dan mengelarkan Shaklee ini sebagai "Crown Jewel of Network Marketing"
.
Jadi, kita tidak perlu pening2 nak cari company apa yang sesuai untuk dilaburkan kerana Roger Barnett sendiri dah buat kajian sendiri. Kita cuma perlu yakin dan berusaha untuk mencapai impian kita melalui bisnes Shaklee ni jer


Korang Tau Tak?
.
Company Shaklee telah berjaya membayar bonus kepada SID mereka sebanyak USD 7 Billion sehingga 2015 bagi mereka yang layak setiap bulan.
.
Oleh sebab itu, ramai yang yakin dengan Shaklee sehingga ahli Shaklee sudah mencecah 1.2 juta orang di seluruh dunia termasuk Malaysia.


Kagum mamayu bila baca sejarah perkembangan shaklee yang telah lahir pada tahun 1960 sehingga kini masih lagi  kukuh di pesada dunia supplement walau pelbagai ujian dan rintangan yang mereka hadapi sejak dulu hinggalah kini.

Comments

Popular Posts