YOGURT ATASI KULIT KERING DAN LINGKARAN GELAP


- Yogurt Atasi Kulit Kering & Lingkaran Gelap -





Alami kulit kering dan gelap bawah mata? 


Anda boleh menghapuskan segala masalah wajah muka ini dengan hanya menggunakan rawatan sendiri di rumah iaitu dengan yogurt. 


Tanpa membazirkan wang untuk membeli alat kecantikan yang belum tentu mampu menghasilkan kepuasan, lebih baik anda mencuba bahan-bahan yang mudah dan selamat untuk kulit wajah seperti yogurt.

Bahan-bahan:

Yogurt original

Kapas muka

Langkah rawatan:
1. Sapukan yogurt pada seluruh wajah dan leher.
2. Kemudian, celup kapas muka di dalam yogurt, tekap pada mata.
3. Biarkan yogurt kering pada wajah, anggaran masa 20 minit.
4. Kemudian bilas dengan air bersih.

Ramuan ini dikatakan amat mujarab untuk mencerahkan dan melembapkan kulit. Ia juga dapat mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata. Yogurt juga boleh dilumur pada rambut dan diperap selama 15 minit. Hasilnya rambut yang kering dan bercabang akan menjadi lembut serta bersinar.

Selamat mencuba yer......

Comments

Popular Posts