PEKELILING BARU BAGI KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK (CMA)

Alhamdulillah.... mamayu terpanggil untuk sharing kepada anda semua berkaitan satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menerangkan secara terperinci mengenai penambahbaikan kemudahan cuti menjaga anak.

Kemudahan yang diberikan tidak terikat dengan tempoh cuti bersalin dan telah pun berkuatkuasa pada 1 Januari 2015 tempohari.

Kemudahan ini juga turut diberikan kepada pegawai wanita yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang diambil secara sah, anak pelihara dan anak kurang upaya...

Alhamdulillah.... sangat-sangat diperlukan kami sebagai penjawat awam wanita... terima kasih PM kerana memahami keperluan kami.

Kawan-kawan pun sedia maklum bahawa sebelum ini, kemudahan CMA bagi tujuan menjaga dan menyusukan bayinya bermula pada tarikh selepas tamat tempoh bersalin telah pun dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 dan surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007.

Memandangkan kerajaan memandang serius berkaitan isu mengimbangkan kehidupan berkeluarga dan kerjaya. Kerajaan telah menambah baik perlaksanaan CMA supaya tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin.

Bagi memudahkan kawan-kawan semua memahami dengan lebih terperinci lagi berkaitan Pekeliling Terbaru ini... Disini mamayu share Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014 untuk maklumat lanjut...

Klik untuk UNDI BLOG SharingIsCaring bagi memenangi RM4000 dan sertai Contest





Comments

Popular Posts