SURAT PERMOHONAN CUTI SEPARUH GAJI

Assalamualaikum... tahun lepaskan...mamayu memang banyak gunakan cuti...sampai cuti rehat abis terus... kebetulan, hujung tahun mirza selalu tak sihat... selalu batuk dan selesema..on off..on off mcm tu jer lah... mc pon dah hampir habis... 

Dah hampir sebulan mirza macam tu..pegi klinik dah 2x.. dan ubat antibiotik pon dah 2x tukar....Jadinya, mamayu nekad bawak pegi klinik kerajaan... selepas buat pemeriksaan.. doktor refer mirza ke Hospital Serdang...untuk pemeriksaan selanjutnya.... kami terus ke wad kecemasan untuk pemeriksaan lanjut... dan mirza dibawa ker unit x-ray untuk lihat berapa banyak kuman yang masih berada dalam paru-parunya...
Doctor suggest mirza admit untuk beberapa hari untuk rawatan susulan... Drip akan dibuat pada mirza kerana antibiotik secara oral tak dapat membunuh kuman dalam badannya... Nafas mirza pon tak stabil...terpaksa pakai oksigen untuk sementara waktu bagi menstabilkan balik pernafasan mirza...

Doktor mengesahkan mirza menghidapi  "broncopnemonia".. maknanya dia memang perlu dipantau oleh doktor...

Oleh kerana mamayu memang takde cuti...dan terpaksa pula menjaganya 24hours di hospital... so, mamayu kena la buat permohonan cuti separuh gaji....


CONTOH SURAT PERMOHONAN CUTI SEPARUH GAJI



NAMA
ALAMAT

TARIKH


Kepada :

Ketua Pengarah
- alamat -

Melalui :

Pengarah/Ketua Bahagian/Ketua Jabatan
- alamat -


Tuan,

PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI SEPARUH GAJI

Adalah dimaklumkan saya bernama __________________, No. Kad Pengenalan ____________ ingin memohon kemudahan cuti separuh gaji dari 25 November 2014 hingga 5 Disember 2014 selama _________ selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.14 Tahun 2010 bagi urusan menjaga anak yang sakit.

2.            Bersama-sama  ini dilampirkan bersama-sama surat pengesahan pegawai kesihatan dari Bahagian Paedeatrik, Hospital Serdang bagi tujuan rujukan pihak tuan.

Sekian Terima Kasih,

Yang Benar,



NAMA
JAWATAN



Alhamdulillah... permohonan mamayu diluluskan.... Jangan lupa tau lampirkan surat doktor... mudah bahagian sumber manusia nak buat rujukan... Harap contoh ini dapat membantu kawan-kawan diluar sana..

Comments

Popular Posts