Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Bersambung Daripada Cuti Bersalin

Perenggan 6 ( i ) :
Terhad kepada pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang bersalin
Perenggan 6 ( ii ) :
Tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak termasuk Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad sehingga ( 5 ) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan.

SOALAN:

1. Pada tahun 2006, 2009 dan 2012, Puan Hazwani mengambil kemudahan Cuti Menjaga Anak selepas melahirkan anak masing-masing 90 hari, 350 hari dan 690 hari.

Pada Tahun 2015, pegawai akan melahirkan anak keempat dan bercadang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak. Adakah Pegawai layak?

JAWAPAN / MAKLUM BALAS :

Pegawai layak baki kemudahan Cuti Menjaga Anak 695 hari (untuk kemudahan cuti menjaga anak yang bersambung daripada cuti bersalin dan cuti menjaga anak yang tidak terikat dengan cuti bersalin).

Pengiraan kelayakan cuti menjaga anak adalah seperti berikut:

         Jumlah Kelayakan Cuti menjaga anak : 1, 825 hari

(tolak) Cuti Menjaga Anak 2006 : 90 hari
           [ anak pertama ]
(tolak) Cuti Menjaga Anak 2009 : 350 hari
           [ anak kedua ]
(tolak) Cuti Menjaga Anak 2012 : 690 hari
           [ anak ketiga ]
_______________________________________
Baki Cuti Menjaga Anak pada 2015 : *695 hari
           [ anak keempat ]
_______________________________________

* Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak terikat dengan Cuti Bersalin kelayakan terhad sehingga 365 hari daripada jumlah kelayakan Keseluruhan 695 hari.

Sumber: soalan lazim PP Bil.5 Tahun 2014: Kemudahan Cuti Menjaga Anak

Comments

Popular Posts