Wali! Oh Wali!

Assalamualaikum...dah lama tak tgok blog sendiri...sbb bz dengan kehidupan seharian...start dari cuti maulud nabi terus ker thaipusam...semua tu terisi dgn agendanya tersendiri....mggu ni masuk keje hanya sehari jek...itu pun sbb nak isi borang cuti...nak selesaikan hal2 berkaitan dokumen nikah yang tertunggak nie....
arini start dengan perjalanan dari kl - k.sgor, k.sgor - meru seterusnya meru - k.sgor balik...then, dr k.sgor balik ke kl...perjalanan yang panjang ini hanya semata-mata untuk mendapatkan salinan ic pakcik-pakcik yg aku lantik secara rasminya sebagai saksi-saksi aku nnti...gigihkan? huhuhu...

Balik dr k.sgor terus jumpa ngan abah...sbb dah janji nak jumpa dia smlm..berkaitan mencari wali bagi menikahkan aku nnti....apa perlunya wali...sedangkan aku ada abah...hahaha...abah tu sebenarnya bukanlah abah aku..dia x der kaitan dr segi pertalian darah maupon sebarang tali yg ada di mukabumi ini...abah ni hnya kwn baik aku jer...tetapi aku dah anggap mcm abah sendiri sbb sifat prihatinnya dan sikap mengambil beratnya buatkan aku rasa mcm dia abah aku jer...

Berbalik kpd cerita ttg wali tadi...tak banyak maklumat yg aku tahu ttg ayah kandung aku nie....maklumat yg aku dapat pon hasil dr prihatin kwn2 yg sama2 tlg mencari maklumat berdasarkan dari Jabatan Pendaftaran Negara...Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia....Mesti korang tertanya-tanya..kenapa ketiga2 agensi ini dipilih bagi menjejaki wali aku nie...pertama, JPN sbb mmg diorg ada maklumat terperinci berkaitan hal ehwal rakyat2 Malaysia...hanya sekali klik sahaja..semua maklumat yang aku nak pasti akan dapat....kedua, SPAD...kenapa SPAD? sbb, sepanjang pengetahuan aku...ayah kandung aku ni mmg kejenya pemandu...mgkin hingga sekarang dia masih lagi memandu..cuma, x pasti, jd pemandu bas or pemandu teksi....dan last sekali, SPR...sbb? sbb, skrg kan dah hampir musim pilihanraya...mesti, ada maklumat terakhir tmpat dia mengundi...Hasil dari pertolongan kwn2 yang prihatin...dpt la sikit sebanyak maklumat bg memudahkan pencarian aku nie...

Maklumat yang diperolehi dari JPN;
-mengikut tempat lahirnya..alamat yang tertera adalah di Kampung Tenami, Kuala Sg. Baru, Melaka..
-No. kad pengenalannya 380824-04-**** (maaf..ic tak boleh bagi lengkap)
-Mempunyai 5 orang isteri termasuk bukan warganegara
-Anak termasuk aku seramai 25 orang (Umak aiiii!!!! ramainya adik beradik aku) terkejut denn...sbb, klau seibu sebapa..aku anak tunggal mak...rupanya sebelah ayah..ramai tol adik beradik....
-anak yang paling sulung lahir tahun 1961 dan anak yang paling bongsu berumur 12 tahun...

inilah antara maklumat yang aku dapat dari JPN...terima kasih kawan...:)

Maklumat dari SPAD;
-pernah mendaftar sebagai pemandu teksi (no teksi : HWA7866)
-didaftarkan di alamat (no 22,lorong satu, kampung pandan, 55100 kuala lumpur)
-teksi didaftarkan atas nama zakiah (zakiah ni aku x pasti dia siapa n apa kaitan dia dengan ayah kandung aku)
- no telefon ayah kandung aku n owner teksi ni pon aku dapat gak...(pon x boleh dipaparkan)

Maklumat dari SPR;
-daftar pemilih yang telah disahkan menyatakan daerah mengundi adalah kampung laksamana. Lokaliti adalah di Kg. Sg. Kertas..DUN Batu Caves...Parlimen Gombak...
hmmm...alamat lengkap tidak pula di sertakan....

So, pencarian dimulakan dengan maklumat yang aku dapat dari SPAD...menjejaki alamat yang aku dapat bersama abah....setelah sampai di alamat yang tertera...kami jadi buntu...sbb alamat yg di beri tidak merujuk kepada alamat rumah...alamat yang kami cari memang tepat...cumanya, yang menjadi tanda tanya...apa yang berada di depan kami bukan la sebuah rumah biasa...tetapi sebuah bangunan yang menempatkan masyarakat hindu membuat senaman yoga....puas kami calculate rumah2 yang berdekatan...tetapi alamat no 22, lorong 1 adalah pusat yoga tersebut...bagi memastikan lagi..kami bertanyakan orang yang tinggal berdekatan kawasan itu....mereka turut menyatakan sejak mereka tinggal di kawasan itu...tidak pernah ada keluarga melayu yang tinggal berdekatan kawasan kejiranan mereka...kerana, disitu adalah kawasan perkampungan india...

Melihat jam pukul 10 malam...aku dan abah mengambil keputusan untuk balik...Maka pencarian kami terhenti disini buat seketika....Aku pon sebenarnya dah penat...sbb sejak dr pagi td lagi di memandu....badan sngat letih....Pencarian akan disambung di lain hari...mudah-mudahan segala urusan akan di permudahkan oleh Allah swt....Ameen!!..

Sharing Is Caring

Comments

Popular Posts