Tips mengekalkan hubungan dengan Pasangan...
Terdapat beberapa perkara atau lebih tepat lagi sikap yang harus di amalkan oleh setiap pasangan yang sedang bertunang perlu ada bagi mengekalkan hubungan mereka hingga ke gerbang perkahwinan...
Pertama: Saling Hormat menghormati...
Jika semasa bercinta anda tidak mampu menghormati pasangan...Bagaimana anda hendak bahagia setelah berkahwin nnti...Saling hormat dan menghormati itu penting bagi mengekalkan kebahagiaan...apabila kita menghormati pasangan...pasangan akan turut menghormati kita juga...Jika tiada perasaan hormat.....masing-masing hanya tahu menyalahkan antara satu sama lain dan hubungan tidak akan berjaya..
Kedua: Saling Percaya mempercayai....
Percaya lah pada pasangan anda..dan anda tidak sepatutnya mempunyai perasaan ragu-ragu pada pasangan anda...dan sekiranya sikap saling percaya ini ada dalam hubungan tersebut...janganlah sebelah pihak lg cuba merosakkan kepercayaan pasangan meraka...sekiranya perkara ini berlaku...pasangan kita kemungkinan besar akan kecewa dan kepercayaan yang diberi selama ini akan musnah begitu sahaja...
Ketiga:Bertolak ansur dan memahami...
Anda sepatutnya lebih arif tentang pasangan anda..perkara yang disukai olehnya dan perkara yang dibenci olehnya...dengan ini, anda akan lebih mudah memahami dan bertolak ansur jika si dia melakukan kesilapan yang anda tidak gemari dan juga mungkin tidak sesuai dengan kehendak anda...Sikap mementingkan diri tidak patut ada dalam perhubungan...Bagi mengekalkan hubungan ini...Bertolak ansur lah...Insya Allah anda akan kekal bahagia....
Keempat: Mengambil Berat...
Anda dan pasangan hendak lah mengambil berat antara satu sama lain...Berkongsilah segala susah dan senang, suka dan duka kepada pasangan anda....Andai terdapat masalah, sama-samalah cuba menyelesaikan masalah tersebut...dengan ini pasangan akan lebih memahami masalah anda...Jangan dipendam segala masalah seorang diri....Ikhtiar dua orang lebih baik dari ikhtiar seorang diri....dengan berkongsi masalah juga pasangan kita tidak akan menaruh syak wasangka pada diri kita...
Kelima: Kemampuan Untuk Memaafkan..
Kemampuan memaafkan perlu dan sangat penting dalam sesuatu perhubungan...Kita harus sedar bahawa pasangan kita bukan seorang yang sempurna sehingga peluang untuknya tidak berbuat salah itu tiada...Kerana kita juga bukan insan yang sempurna...dengan adanya kemampuan memaafkan pasangan..Insya Allah kehidupan anda bersama pasangan akan kekal bahagia...
"Bersederhana dan usah hipokrit dalam perhubungan.. Terima kelemahan masing-masing seadanya,raikan kelebihan masing-masing dengan gembira.."
SHARING IS CARING
Comments