Wajib Makan Ikan Nie, Jika Nak Luka Lepas Bersalin Cepat Sembuh!

Assalamualaikum, hai korang... kali ni saje nak borak2 berkaitan dengan luka lepas bersalin, selalunya korang makan apa?

Ibu lepas bersalin tak kira sama ada bersalin normal mahu pun pembedahan caesarean akan mengalami luka dijahit. ngilu rasa bila citer luka2 lepas bersalin nie...huhu

Badan kita yang lemah dan lesu ditambah lagi dengan luka di bahagian 'Miss V' atau perut (yg ni kalau yg kena bedah) pasti membuatkan ibu rasa tak selesa dan 'nak menangis.' betul tak?

Petua tradisional, orang dulu-dulu  banyak menyarankan ibu selepas bersalin mengamalkan makan ikan haruan. Kalau hendak cepat luka itu sembuh amalkan makan ikan haruan. Ikan haruan sememangnya sinonim dengan penyebuh berkesan luka pembedahan.

"Ewww...hanyirnya  bau ikan haruan!" Mungkin itu kata-kata orang yang tidak suka makan ikan haruan. Nanti dulu! Jangan cepat menolak kerana bila anda tahu khasiatnya tentu anda hendak makan ikan haruan.

Tahukah anda kenapa ikan haruan terkenal sebagai sebagai agen penyembuh luka paling mujarab? 
Sememangnya, untuk menyembuhkan luka lepas bersalin dan luka pembedahan. Kita diWAJIBkan makan ikan haruan. 

Sebenarnya antara sebab ikan haruan terkenal adalah kerana ia mempunyai kandungan zinc yang sangattttt tinggi. sebab itulah, lepas jer ibu bersalin. menu wajib 20 hari terawal tu.. WAJIB makan ikan haruan..

Dan ia telah dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Sarigat Baei dari USM dan Prof. Abdul Manan Mat Jais dari UPM tentang Khasiat dan kebaikan ikan haruan.

Berdasarkan kajian tersebut, ikan haruan mengandungi:
  1. sumber protein yang baik iaitu sebanyak 60 - 70%
  2. Lemak yang rendah iaitu 20% daripada beratnya.
  3. Sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit, dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan. 
  4. Asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
  5. Asid amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik.
  6. Glisin ( merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolegen dalam kulit manusia akan membentuk molekul protien yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan
Antara sebab ikan haruan cepat sembuhkan luka dalaman adalah seperti berikut:

1. Ikan haruan adalah sumber semula jadi untuk proses penyembuhan luka.

2. Mengikut kajian, ikan haruan mengandungi albumin iaitu sejenis protein yang mempercepatkan penyembuhan luka. Terdapat kira-kira 60 - 70 peratus protein di dalam ikan ini.

3. Kandungan protein ikan haruan lebih tinggi daripada sumber protein lain seperti telur, ayam mahupun daging.

4. Ikan haruan mengandungi lemak yang rendah, iaitu kira-kira 20 peratus daripada berat badannya.

5. Ikan haruan memiliki sifat anti-radang, penahan sakit, anti-bakteria dan penyembuhan luka.

6. Ekstrak ikan haruan dapat menyembuh, memulih, menahan sakit dan memperbaiki sel untuk pulih semula.

7. Menerusi penyelidikan yang dilakukan di Hospital Royal Perth, Australia, ekstrak haruan dapat membantu mempercepat pembekuan darah.

Anda juga boleh buat sendiri ekstrak ikan haruan kerana ia lebih selamat dan terjamin kebersihan dan ketulenannya.

Cara membuat:

1. Rebus ikan haruan sehingga seluruh patinya keluar.

2. Tos untuk mengasingkan pati dan minum seperti air.

3. Bagi mengelakkan bau hanyir, tambahkan sedikit limau nipis atau halia di dalam rebusan.

Selain direbus, ikan haruan juga boleh dimasak sup dan dikukus. Elakkan daripada menggoreng atau membakar ikan haruan bagi mengelakkan khasiatnya hilang. Penggunaan minyak ketika menggoreng juga boleh meningkatkan kadar lemak pada ikan. Padahal ikan ini kadar lemak dan kolesterolnya sangat rendah.

contoh la kalau anda tak mampu nak ambil, makan ektrak ikan haruan tersebut. ada alternatif lain bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

ALTERNATIF LAIN SELAIN IKAN HARUAN!

Jika anda dah cuba tapi masih tak dapat nak mengamalkan makan ikan haruan. Ada cara lain yang boleh membantu ibu-ibu sembuhkan luka dengan segera.

Apa kelebihan Zinc Complex Shaklee:

- Meningkatkan sistem imun dan daya tahan melawan penyakit.
- Memainkan peranan dalam mempercepatkan penyembuhan luka. samada luka pembedahan, luka akibat kemalangan.
- Membantu memelihara kalenjar prostat bagi lelaki.
- Memulihkan kelesuan yang kronik.
- Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.
- Mengurangkan keguguran rambut.
- Membantu memelihara kesihatan kulit yang sihat.
- Membantu daya ingatan.
- Menyumbang kepada pembentukan kolagen dan kulit anjal.




Nak tahu 17 kebaikan yang terdapat dalam zinc complex??

ikuti entry berikut : 17 KEBAIKAN ZINC COMPLEX SHAKLEE

Comments

Popular Posts