Tragedi Kepala Air di Air Terjun Belukar, Terengganu
Assalamualaikum, sekali lagi kita dikejutkan dengan Tragedi Kepala Air di Air Terjun Belukar, Terengganu pada 20 Disember 2015 yang lalu. yang menyebabkan 5 sekeluarga terkorban dalam tragedi itu. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Muhd Halim. Alfatihah...
Air Terjun sememangnya salah satu tempat beristirehat dan riadah yang paling mendapat tempat di hati pengunjung dalam dan luar kota. Apabila tiba waktu cuti sekolah. disinilah tempat kita menghabiskan waktu bersama2 keluarga tercinta. Dengan air sungainya yang sejuk ditambah dengan kehijauan alam, bunyi air terjun yang mendamaikan. Buat pulak barbeque di titian sungai. Menambah lagi keseronokan sewaktu beriadah.
Tapi, haruslah beringat. dalam keseronokan pasti ada bahayanya. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. air yang tenang jangan disangka tiada bahayanya.
Boleh dikatakan semua sungai berpotensi untuk berlaku perkara-perkara yang kita tidak sangka. contohnya fenomena Kepala Air.
Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
BAHAYA KEPALA AIR:
Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

LANGKAH KESELAMATAN:
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
- Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
- Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
- Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
- Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).
Sign Board "FENOMENA "KEPALA AIR" akan dipasang dikawasan air terjun yang berpotensi mengalami Kepala Air |
Amaran dari Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan kepada pengunjung |
Antara fenomena "Kepala Air" yang sempat dirakam |
Oleh itu, jika anda ingin membawa anak-anak dan keluarga beriadah di kawasan air terjun atau sungai. Pastikan faktor cuaca dipertimbangkan. Selalunya hujung tahun mcm ni negara kita mengalami hujan yang berpanjangan. Bahaya jika tiba-tiba berlaku kepala air ini. Kadang ia datang tak sampai 10 hingga 15 minit pon. Segala batu, kayu akan dibawa bersama dan merempuh apa sahaja halangan yang berada di hadapannya.
Kita mampu mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku. Oleh itu, pengetahuan sedikit sebanyak berkaitan fenomena ini sangat penting supaya dapat mengurangkan kemalangan jiwa akibat daripada kepala air ini.
Comments