CARA BUAT SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS
Assalamualaikum... arini mamyu nak share dengan korang semua.. Cara-cara menjawab surat tunjuk sebab jika korang dikenakan tindakan oleh majikan atau ketua di jabatan atau tempat kerja korang..
Seriously, mamayu tak jangka mamayu dikenakan tindakan sehingga diberikan surat tunjuk sebab. Tapi, diatas perkara yang tak dapat dielakkan.. dan perkara ini berlaku diluar kawalan mamayu. dan memandangkan cuti tahunan mamayu pun dah habis. Maka terpaksa la mamayu mengambil cuti kecemasan tapi atas makluman pihak atasan.
Walaupun pegawai atasan mamayu telah dimaklumkan alasan sebab dan musababnya. Tindakan tetap akan diberikan selaras dengan Pekeliling dan perintah-perintah Am JPA. dan mamayu telah bersetuju dan bertanggungjawab diatas semua perkara yang berlaku..
Sebaik surat tunjuk sebab telah dikeluarkan. mamayu telah pun memberi respond dengan menjawab kembali tindakan yang telah dikenakan kepada mamayu.
Ni contoh yang mamayu boleh share dengan korang. If korang juga menerima nasib yang sama mcm mamayu..
Just relaks okay..jangan kalut-kalut.. majikan tak kejam sangat.. cuma dorang terpaksa ikot prosedur jer...
Nama
Alamat Tarikh
: 3 Disember 2015
(Jawatan Majikan)
Alamat Majikan
Tuan,
SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS PADA BULAN SEPTEMBER 2015
Dengan segala
hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Saya terlebih dahulu ingin memohon maaf
diatas kelakuan saya yang melanggar tatatertib sebagai penjawat awam di
bahagian ini. Perkara ini berlaku diluar kawalan saya terutama apabila saya
dapati cuti tahunan saya telah habis digunakan, saya juga terdesak untuk tidak
hadir bertugas diatas sebab masalah
keluarga yang tidak dapat saya elakkan yang menyebabkan saya terpaksa
mengambil cuti kecemasan. Walaupun begitu, pada tarikh berkenaan saya telah pun
memaklumkan perkara ini kepada pegawai atasan saya terlebih dahulu dan setelah
diberi penerangan akibat dari perbuatan saya ini. Saya dengan rela hati dan
sepenuhnya bertanggungjawab di atas perlakuan saya ini.
4. Oleh yang demikian, dengan rasa rendah
hati besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan pertimbangan sewajarnya
terhadap saya. Kerjasama dan perhatian awal tuan dalam perkara ini amat saya
hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang Benar,
(NAMA)
JAWATAN
NO. KP
s.k : Setiausaha Bahagian Sumber Manusia
So, setelah menjawab surat berkaitan.. tindakan seterusnya nanti kita tunggu jer lah yer...hihihi
nampak mcm tak menyesal plak yer..huhuhu..
Comments