CARA BUAT SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS PADA TARIKH YANG DI NYATAKAN

Assalamualaikum, ni contoh kedua membuat surat tunjuk sebab kerana tidak hadir bertugas pada tarikh-tarikh yang telah dinyatakan.

Kadang-kadang mungkin korang ada tak datang bertugas pada tarikh-tarikh yang tak konsisten. maknanya, bukan berturutan. Ada hadir..ada yang tak.. Pun boleh dikenakan tindakan oleh majikan.. disebabkan cuti tahunan yang habis juga. 

Jika korang memang sedang menghadapi masalah. mungkin menjawab surat tunjuk sebab tu tak ada masalah sangat. cuma, yer lah. kekadang tu otak dah tepu benor.. nak tulis apa yer... maklumlah keje-keje buat surat rasmi untuk diri sendiri ni dah lama ditinggalkan. 

So, kat sini mamayu bagi sikit panduan bagaimana nak jawap surat tunjuk sebab tersebut. cuma, korang olah la ikut sebab korang sendiri.. jangan plak ikot bulat2 apa yang mamayu bagi nie.. 


Nama
Jawatan
Alamat                                                                                                Tarikh :   27 November 2015

 



( Jawatan Majikan)
Alamat Majikan

Tuan,

SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA KELULUSAN KETUA JABATAN BAGI TARIKH-TARIKH YANG DINYATAKAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Saya terlebih dahulu ingin memohon maaf diatas kelakuan saya yang melanggar tatatertib sebagai penjawat awam di bahagian ini. Perkara ini berlaku diluar kawalan saya terutama apabila saya dapati cuti tahunan saya telah habis digunakan, saya juga terdesak untuk tidak hadir bertugas diatas sebab – sebab berikut :-

            (i)         Masalah Kesihatan Ayah Saya <<< contoh sebab tidak hadir
           
                        Untuk makluman tuan, ayah saya mengalami masalah kesihatan. Saya kerap pulang ke kampung untuk memantau keadaan ayah saya. Disebabkan hal itu saya terpaksa pulang ke putrajaya lewat dan terpaksa bercuti.
           
            (ii)        Kediaman Yang Disewa Berlaku Kebakaran (Salinan Laporan Polis                             Disertakan) <<< contoh kedua sebab tidak hadir
           
                        Pada bulan (nyatakan tarikh) kediaman saya yang disewa berlaku kebakaran. Pihak tuan rumah kerap melakukan pertemuan dengan saya. Saya tidak dapat berjumpa pihak tuan rumah sewaktu hari cuti kerana saya perlu pulang ke kampung.

3.         Sehubungan dengan itu, saya telah menyelesaikan masalah saya dengan pihak tuan rumah dan kontraktor yang mengambil alih pembaikan rumah sewa yang berlaku kebakaran tempoh hari pada 13 November 2015. Sehingga tarikh ini saya akui tingkah laku saya telah melanggar tatatertib sebagai penjawat awam.

4.         Oleh yang demikian, dengan rasa rendah hati besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan pertimbangan kepada sebab musabab yang saya kemukakan ini. Saya berjanji mulai tarikh ini 27 November 2015 saya tidak akan ulangi perkara ini.  Kerjasama dan perhatian awal tuan dalam perkara ini amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,



(NAMA)
Jawatan
No. KP


s.k       : Setiausaha Bahagian Sumber Manusia

dah siap taip surat nie..korang print dan turunkan tandatangan.. dan sain tu.. terus hantar bersama-sama salinan yg lain.

Hope dapat meringankan beban korang sikit.. yer lah..masalah nak datang tu tak boleh nak elak.. kalau dikenakan tindakan tu. redho jer lah.. jangan lawan-lawan bos.. kita ni timun.. bos tu durian.. haaa..paham-paham jer la yer...

Comments

Popular Posts