Timun, Cuka, Lemon & Roti, Bahan Mujarab Untuk Petua Harian

Assalamualaikum...semoga bermanfaat!! 


1. Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.


2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman berkarbonat Sprite.



3. Untuk menanggalkan gula-gula getah yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

6. Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

7. Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

8. Kalau baju terkena dawat, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

9. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.

10. Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90 peratus dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
~ Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
~ Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
~ Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

Selamat Mencuba!!

Comments

Popular Posts