SIMPLE HOME MADE PIZZA

Mamayu nak share resepi simple..
masa masak pizza ni waktu balik dari keje..bukan ari minggu yer...
Terlalu rajin tambah dah takde selera sangat nak makan nasi.. kebetulan sel-sel otak sedang berhubung... bukak peti ais tengok bahan-bahan nak buat pizza plak ada... apa lagi... tengok roti pon ada..
maka terciptalah pizza simple nie... 

Bahan-bahan yang diperlukan:
Roti Gardenia
Sosej (jika ada)
daging burger jenama ramly
sos prego (apa-apa perisa)
tomato
lada benggala
cheese 
bawang (kalau suka letak..tak suka takyah)

Cara-cara:
- ambil 2 keping roti gardenia
- sapukan sos prego
- koyak2 kan daging berger then tabur rata-rata atas roti
- hiris sosej menyerong atau membulat pon susun atas roti tadi
- tomato dan lada benggala yang dicincang dadu ditabur atas susunan daging dan sosej tadi
- taburkan cheese banyak-banyak ikut selera..lagi banyak lagi sedap.. mamayu 
guna mozarella cheese sebab nanti masa makan panas2 cheese tu akan jadi mcm tali yg ditarik..
- Last sekali bakar dalam oven bersuhu 180 darjah celcius hingga pizza betol2 masak...

sebelum bakar

semasa bakar..phewww..masa ni dah teruja sangat2..

Done!!!! yang ni untuk en.husband.. bagi dia makan dulu...
trip ke-dua on the way...sbb mamayu suka yang garing-garing..hehehe

sapa yang nak cuba tu..silakan....
senang sangat-sangat...

Comments

Popular Posts