RUAM LAMPIN!!!! BAHAYA TAK????
Assalamualaikum,
arini mamayu nak share tentang ruam lampin yang selalu menyerang bayi kita andai kita sebagai ibu bapa cuai dalam menjaga kebersihan mereka.... Secara dasarnya ruam lampin adalah perkara biasa kepada bayi yang berumur antara 3 hingga 12 bulan.. Tetapi, andai anda seorang ibu yang sangat prihatin..Insyaallah..ruang lampin pasti dapat dielakkan.
Jom kita baca info selanjutnya berkaitan ruam lampin ini....
Apa yang menyebabkan bayi mengalami ruam lampin?
Ruam lampin terjadi akibat daripada pemakaian lampin yang mengandungi air kencing yang terlalu lama atau membiarkan najis bayi anda dibiar lama tanpa dicuci.
Gejala yang boleh dilihat...Terdapat tanda-tanda kemerah-merahan dan timbul bintik-bintik merah yang kecil. Antara tempat berisiko terjadi ruam kebiasaannya berlaku di bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan paha. Bayi anda akan menangis kerana tidak selesa, rasa sakit dan pedih.
Bagaimana rupa Ruam Lampin???
Apa itu jangkitan kulat?
contoh ruam lampin |
contoh ruam lampin |
Ibu-ibu, jika ruam lampin yang biasa tidak dirawat..berkemungkinan ia akan menjadi bertambah serius. Sanggup ker kita melihat anak kesayangan menangis dan merintih kepedihan akibat dari ruam lampin ini.. tidakkan??? Jom kita baca info selanjutnya...
Apa itu jangkitan kulat?
Bila kita sebut perkataan 'kulat'... ia seolah2 sesuai yang sangat teruk...lebih-lebih lagi jika ia menyerang kulit bayi anda... Kulat seperti Organisma Candida Albicans akan menyebabkan ruam lampin menjadi teruk...Ini kerana kulat ini hidup dikawasan panas dan basah.
Jika ruam anak anda didapati menjadi lebih merah dan tidak hilang lebih dari 3 hari segera dapatkan rawatan doktor.
Kita sebagai ibu perlu alert tentang perubahan yang berlaku di bahagian ruang lampin bayi anda... tetapi jika terjadi ruam lampin apa yang perlu anda lakukan?? Jom baca info selanjutnya dibawah...
Kita sebagai ibu perlu alert tentang perubahan yang berlaku di bahagian ruang lampin bayi anda... tetapi jika terjadi ruam lampin apa yang perlu anda lakukan?? Jom baca info selanjutnya dibawah...
Apa yang dapat dilakukan untuk mencegah bayi terkena ruam lampin?
Melihat anak kesayangan merengek-rengek kerana menahan rasa pedih dan tidak selesa akibat dari ruam lampin... Sebagai ibu, pencegahan boleh dilakukan sebelum anak kesayangan anda terkena ruam lampin...
Antaranya adalah:
Sentiasa tukar lampin bayi anda secepat yang mungkin selepas dia membuang air kecil dan air besar. Ini dapat mengelakkan kuman menyerang kulit bayi anda.
Antaranya adalah:
Sentiasa tukar lampin bayi anda secepat yang mungkin selepas dia membuang air kecil dan air besar. Ini dapat mengelakkan kuman menyerang kulit bayi anda.
Pastikan kulit bayi anda sentiasa kering sepenuhnya dengan membiarkan anak kesayangan anda tanpa lampinnya...
Elakkan juga menggunakan tisu basah yang mempunyai kandungan alkohol. Sebaik-baiknya gunakan air biasa atau air suam bagi membersihkan kulit bayi anda.
Elakkan juga menggunakan tepung jagung atau bedak talkum kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat.Selain itu ia juga menyebabkan berlaku iritasi pada kulit bayi anda... Penggunaan talkum ini juga tidak sesuai bagi bayi yang mengalami ruam panas.. Hati-hati tau...
Sebelum lampin dipakai, sapu sedikit losyen sebagai krim perlindung pada punggung bayi anda.
Pakaikan lampin secara longgar agar terdapat ruang udara yang boleh beredar di sekeliling
Pakaikan lampin secara longgar agar terdapat ruang udara yang boleh beredar di sekeliling
Bahaya ruam lampin!!!!
Ruam lampin boleh jadi sangat bahaya jika tidak dicegah.. Ia boleh beransur menjadi luka merah dan boleh mengakibatkan jangkitan..
Keadaan akan bertambah buruk kerana ia sangatlah gatal dan bayi anda akan menggaru dan menyebabkan mereka merengek kesakitan.
Andai ibu tidak mendapatkan rawatan dengan segera ruam lampin boleh boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida...
Oleh itu, ibu-ibu prihatin... Jangan ambil mudah terhadap perkara ini yer... lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak kesayangan anda...cegah sebelum parah... Andai pencegahan telah dibuat.. Tetapi masih juga berlaku.. Ibu-ibu boleh merawat anak kesayangan anda mengikut info-info yang mamayu share di atas... Semoga sedikit perkongsian arini dapat memberi banyak manfaat kepada ibu-ibu yang berada diluar sana..

Comments