Mmu warded
Arini anak soleh mamayu kena warded...
Dia sihat jer... tp, ada sedikit masalah berkaitan matanya.
Sejak dari lahir mata sebelah kiri mirza sentiasa berair.. mengalir jer air mata tu tak kira siang malam...
Mamayu risau klau mata dia kena infection.. yer laa.. bab mata2 ni x leh main2... ni lepas folo up dgn pakar mata..
Diorg decide utk tgok dgn lebih terperinci lg...
Ni kami tggu giliran masuk ward..
Harap2 x lama lah...
Lepas buat pendaftaran di bahagian hasil kami terus ker wad 5B untuk dapatkan katil mirza... sepanjang berada di wad, kesihatan mirza sentiasa di pantau oleh doc pakar. Beberapa soalan dr doc di ajukan pada mamayu bg memastikan mirza betul2 sihat dari sebarang demam, selesema dan batuk.
Kebetulan sebelum mirza warded, mirza baru jer baik dari demam. Ada la sikit selesema ngan batuk tu even demam dah kebah.
Oleh kerana, mirza masih selesema dan batuk walaupun x kuat.. dia di rujuk kepada pakar bius bagi memastikan doc oftalomogi dapat meneruskan prosedur terhadap mirza.. selepas dirujuk kepada pakar bius.. Pakar membuat keputusan operation mata ditangguhkan ke tarikh yg akan ditetapkan oleh pihak oftal. Tarikh postpone jatuh pada 6.4.2015 masa tu mirza dah pun berumur 1 tahun 3 bulan... dan bulan tersebut plak merupakan bulan mirza bakal dapat adik baru...mamayunyer due date jatuh [ada 16.4.2015... adehh... mudah2an mirza sembuh cepat2... tak yah nak operate2...cian awak masa tu...
dan disebabkan prosedur operation ditangguhkan... mirza dibenarkan pulang ke rumah.. tak sempat la dia nak merasa bermalam di ward... bak kata daddy, arini adik check in hospital... daddy ingat adik ni menginap kat hotel apa nak check in..check in..huhuhu
Comments