MIRZA MENGALAMI MASALAH SALURAN AIR MATA TERSUMBAT
Ada tak di kalangan dari anda semua mengalami perkara sama seperti mamayu. Selepas kelahiran permata hati mamayu, Muhammad Mirza Ukhail. Itu pun selepas 2 minggu kelahirannya.. mamayu selalu perasan mata mirza kerap berair dan mengalir kepipi... kalau orang datang menziarah dia..pasti ingat mirza baru lepas menangis... ini kerana air matanya sering berlinangan... Tapi, bukan kedua-dua belah mata.. hanya melibatkan mata kirinya sahaja..
Keadaan bertambah tak best bila setiap pagi, mata mirza akan bertahi..dan kadang kala susah untuk dia mencelikkan mata.. mamayu tengok dah mcm anak kucing yang terbiar plak gamaknyer...hihihi... jahat tul mamayu.. ada ker ckp anakanda macam anak kucing terbiar... yer laa... pagi2 mata takleh bukak sebab tahi mata banyak sangat kat mata tu..sampai tak leh nak celik....
Selepas sebulan mata mirza masih juga mcm tu... mamayu pergi ke klinik dan merujuk kepada doc. Pada mulanya doc bagi ubat titis.. tapi, ubat titis tu tak membantu langsung... bukan shj air mata mirza mengalir.. ni air hidung pun turut mengalir sama... mirza terus kena selesema... kemudian mamayu pergi lagi ke klinik utk tukar ubat.. mamayu request pd doc ubat sapu berbentuk gel... seminggu guna ubat gel tu... mata mirza tetap tak nampak perubahan...
Kali ni mamayu rujuk sekali lagi ker klinik kesihatan ibu dan anak... selepas doktor membuat pemeriksaan dan rujuk kepada sejarah perubatannya yang lepas2... doktor suspect mirza mengalami masalah saluran air mata tersumbat..
SALURAN AIR MATA TERSUMBAT!!!!
Apa maksud doktor dengan saluran air mata tersumbat???
sewaktu mirza warded di Hospital Serdang |
Comments