BUAT JADUAL, TERUS EBM MENINGKAT...TAK RUGI KONSISTEN...
Assalamualaikum... hai sahabat blogger sekalian... rindu sangat2 nak apdet entry...akhirnya berjaya apdet 1..
nampak tak jadual kat bawah. Sajer nak share jadual pump mamayu... syukur hadrat ilahi.. tiba2 Allah kurniakan idea supaya mamayu buat satu jadual tetap bagi setiap sesi mengepam susu... setelah google2... dapat la mamayu idea macam mana nak buat jadual tetap mengikut masa.
Jadinya, mamayu start dengan pertengahan bulan ogos... seriously, masa breasfeed kan abam..mamayu tak perlu nak berjadual sangat... Tapi, untuk this time kena BUAT!!!!!
Sebab Apa??
Sebab, kali ini mamayu menyusukan abam dan dikbam... so, production kena lebih... kerajinan pon kena triplekan.. tak boleh malas2... tak boleh buat2 tak nampak stock EBM mamayu dah makin menyusut dan menyusut...
Alhamdulillah, jadual ni memang banyak membantu...walaupun setiap ebm tu x dapat diselamatkan...maksud mamayu tak dapat disimpan sepenuhnya lagi.. tap, bila tengok jumlah tu rasa momazing sangat-sangat...
Terus perasaan berkobar-kobar nak duble triplekan usaha...buat power pumping.. makan makanan milk booster..makan vitamin..makan ulam...dan yang lebih penting minum air kena lebih dari 3L...
Wauu!!! semuanya hanya untuk anak2 syurgaku...sebak rasanya... walau abam dah campur FM..tp, dia still nak BF mamayu... ketenangan hanya akan dia perolehi bila dapat BF... sian abam...takper..selagi mummy sihat...awak tetap dapat susu mummy...insyaallah...share dengan adik yer sayang..
jadual pump bulan ogos 2015 |
Cuba tengok jadual di atas.. nampak tak dalam masa 4 hari...slowly EBM mamayu meningkat sikit demi sikit... Tapi, stock tetap takde...takpe..yang penting teruskan... latest stock pon...korang tengok lah berapa jer yang tinggal...sadiskan... masih belom terlambat untuk mamayu sedar diri...
Go mama GO!!!! Aja...aja Fighting!!! Pasti boleh!!!
Alhamdulillah, sokongan dari kawan-kawan FB, kawan-kawan rapat, kawan-kawan bisnes shaklee yang tak henti-henti bagi semangat... buatkan mamayu lebih bermotivasi... syukur, Allah kurniakan mereka dalam hidup mamayu...
meh kita tengok gambar berbicara...
Gadget kedua mamayu..jenama snowbear... |
cuba tengok jadual.. 5 oz ari ke-3 |
rasanya ni stock ebm ari ke-2 |
Vitamin PENTING!!! wajib nieee... tak boleh oos |
projek dalam gelap...bila bos panggil..letak bawah meja... risau gak tetiba ada yg menepek kat meja..takot jatuhh..huhu |
Tiap2 pagi tak lupa 3 vitamin... vitalea + b complex ngan vitamin c vitamin c masa ni oos lak.. |
ni semua supplement wajib....telan ikot time yer... mamayu tak consume sekali gus... |
Btw, untuk mommie2 yang breastfeed baby... sebenarnya tak perlu risau kalau susu drop... apa yang penting, kena rajin...tingkatkan ilmu penyusuan susu ibu... jangan malas mencari ilmu... bila diorg share tips2 penyusuan tu jangan pandang sepi... apa yang diorg share tu bukan sesajer... memang kalau kita ikot... insyaallah..akan ada perubahan...apa yg mamayu cakapkan ni ditujukan pada mamayu gak...niat nak breastfeed anak hingga umo 2 tahun, kena sentiasa di upgrade... sayang la jika dibiarkan bonus (susu ibu) yang Allah beri pada kita ni..kita abaikan... Jangan jadi macam mamayu...bila stock dah menyusut teruk baru nak sedor diri...huhuhuhu.. Kat bawah ni mamayu share sikit doa dan zikir bagi menambahkan susu kita yang mamayu ambil dari page Persatuan Ibu-Ibu Comel Menyusu.
*************************************************************************************************************************
DOA & ZIKIR MENAMBAH SUSU BADAN
1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
2. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.
3. Surah Al-Baqarah ayat 60.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Sambil baca letakkan tangan pada breast dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2 thn.
Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyaallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang.
4. Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi.
Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak dan banyakkan susu.
Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
5. Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum.
6. Surah Yasin ayat 72-73.
7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
***************************************************************************************************************************
Sekiranya ada ibu-ibu yang ingin mencuba supplement shaklee sebagai ikhtiar untuk menambahkan susu badan..boleh hubungi mamayu melalui wassap 012-7925153.. Insya-Allah, kita sama2 berusaha dalam menjayakan penyusuan susu ibu yer...Manfaat yang diberikan sangat banyak.. Ibu-ibu tak perlu was-was dalam pengambilan makanan tambahan dalam menjayakan penyusuan ini..
Akhir kata, doakan mamayu berjaya menyusukan Muhammad Mirza Ukhail dan Muhammad Danish Ukhail hingga umo 2 tahun yer...aminnnn....
Comments