PERSIAPAN MENYAMBUT BAYI ANDA

ANTARA BARANG PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI


Persiapan Menyambut Bayi Baru
Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.


Pakaian Bayi
Sebagai permulaan, mamayu menasihatkan anda agar membeli pakaian asas bayi sahaja.  Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, ibu digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas.Ini kerana  bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya hanya sekejap sahaja. Antara Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
 Lampin
Untuk lampin pula, tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika ibu ingin menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

Set mandian
Bagi set mandian bayi pula, mamayu menyarankan agar mommie hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit si kecil. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk tujuan mandian bayi , antara barangan yang perlu dibeli adalah seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Tetapi pastikan si kecil tidur dengan selesa dan elakkan meletakkan bantal yang banyak.. memadai dengan dua biji bantal peluk kiri dan kanan. 
Penyusuan
Bagi kelengkapan penyusuan ibu pula. Jika mommie berhasrat ingin menyusukan bayi anda secara ekslusif dengan susu ibu dan bukannya susu formula.. Mamayu sarankan anda membuat persiapan ini.

Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu bebas BPA
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Persiapan bagi  penyusuan susu formula adalah:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu
Berikut adalah antara keperluan-keperluan yang perlu mommie titik beratkan bagi menyambut kelahiran cahaya mata anda. Pastikan ibu tidak melakukan pembaziran yer. Ibu-ibu juga  perlu membuat survey harga bagi setiap barangan bayi anda terutama bagi pembelian pam payu dara..

Semoga dengan sedikit sebanyak sharing dari mamayu..mommie2 to be akan lebih bersedia dan lebih peka apa keperluan yang perlu didahulukan.

senarai checklist barangan bayi yang perlu mommie beli boleh rujuk di sini

Comments

Popular Posts